Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan jubin halaman utama
- Jemputan Apple
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Layari foto atau video mengikut tarikh
- Sembunyikan foto dan video anda
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah atau edit tajuk, kapsyen atau metadata lain
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video pada Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada peranti Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright and trademarks

Jemput individu ke peristiwa kalendar di iCloud.com
Anda boleh menjemput individu ke sebarang peristiwa kalendar yang anda cipta dan menjejaki respons mereka. Anda juga boleh mengemaskinikan jemputan peristiwa dan menghantar pemberitahuan yang disemak kepada para jemputan melalui e‑mel.
Nota: Anda perlu menggunakan tablet atau komputer untuk menggunakan Kalendar di iCloud.com.
Tambah para jemputan ke peristiwa
Anda boleh menambah jemputan baharu pada bila‑bila masa.
Pergi ke icloud.com/calendar, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Ketik atau dwiklik pada peristiwa untuk membukanya (jika peristiwa belum dibuka).
Pilih
di sebelah Para Jemputan, kemudian masukkan satu atau lebih alamat e‑mel. Anda boleh memasukkan berbilang alamat dengan menaip koma selepas setiap alamat, atau menekan kekunci Return atau Enter.Pilih Selesai, kemudian pilih Simpan.
Edit atau padam para jemputan
Pergi ke icloud.com/calendar, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Ketik atau dwiklik pada peristiwa untuk membukanya (jika peristiwa belum dibuka).
Dalam tetingkap peristiwa, pilih
di sebelah kanan nama jemputan, kemudian lakukan salah satu perkara berikut:Tukar alamat e‑mel: Pilih Edit dari menu, kemudian edit alamat e‑mel.
Padam jemputan: Pilih Keluarkan.
Untuk menutup peristiwa, pilih Simpan.
Jika anda mengubah alamat e‑mel, jemputan akan dihantar ke alamat tersebut apabila anda memilih Simpan.
Pilih e‑mel yang digunakan apabila anda menghantar jemputan peristiwa
Jika anda mempunyai lebih daripada satu alamat e‑mel yang digunakan dengan Kalendar di iCloud.com, anda boleh memilih alamat e‑mel yang digunakan apabila anda menghantar jemputan peristiwa. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan alias e‑mel, domain e‑mel tersuai atau akaun e‑mel daripada perkhidmatan lain yang terikat dengan Akaun Apple anda.
Pergi ke icloud.com/calendar, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Pilih
di bahagian atas bar sisi, kemudian pilih Seting.Pilih Akaun, kemudian pilih menu timbul “Hantar jemputan daripada” untuk memilih alamat e‑mel.
Jika anda tidak melihat menu timbul, anda hanya mempunyai satu e‑mel yang disediakan dengan iCloud. Untuk menambah e‑mel lain, lihat Tambah dan uruskan alias e‑mel untuk iCloud Mail di iCloud.com dan Guna domain e‑mel tersuai dengan Mel di iCloud.com.
E‑mel jemputan akan dihantar kepada orang yang anda jemput. Salah satu ikon berikut muncul di sebelah namanya jika:
Ikon | Penerangan | ||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Para jemputan telah menerima jemputan. | |||||||||||
Para jemputan telah menolak jemputan. | |||||||||||
Para jemputan mungkin hadir. | |||||||||||
Para jemputan belum memberi respons. | |||||||||||



