Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan jubin halaman utama
- Jemputan Apple
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Layari foto atau video mengikut tarikh
- Sembunyikan foto dan video anda
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah atau edit tajuk, kapsyen atau metadata lain
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video pada Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada peranti Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright and trademarks

Lihat Pustaka Foto Dikongsi iCloud anda di iCloud.com
Selepas anda menyediakan atau menyertai Pustaka Foto Dikongsi iCloud pada iPhone, iPad, atau Mac anda (iOS 16.1, iPadOS 16, macOS 13, atau terkini), anda boleh melihatnya dalam Foto di iCloud.com.
Untuk arahan penyediaan, lihat Sediakan atau lihat Pustaka Foto Dikongsi iCloud pada semua peranti anda.
Tukar antara pustaka peribadi anda dengan pustaka dikongsi
Anda boleh bertukar-tukar antara paparan pustaka peribadi anda, pustaka dikongsi anda, atau kedua-dua pustaka pada masa yang sama.
Pergi ke icloud.com/photos, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Pada telefon atau tablet: Ketik butang di bahagian atas sebelah kanan paparan imej kecil—
,
, atau
.Pada komputer: Klik menu timbul dalam bar alat Foto.
Pilih Pustaka Peribadi, Pustaka Dikongsi, atau Kedua-dua Pustaka.
Lihat individu yang berkongsi foto
Pergi ke icloud.com/photos, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Ketik atau dwiklik foto atau video yang ingin anda lihat maklumat lanjut.
Pilih
.Orang yang menambahkan foto atau video disenaraikan di bahagian bawah anak tetingkap maklumat.
Edit foto atau video dalam pustaka yang dikongsi anda
Anda boleh melakukan sebarang daripada yang berikut dalam Foto di iCloud.com:
Jika anda ingin memindahkan foto antara pustaka peribadi anda dengan pustaka dikongsi atau membuat apa-apa perubahan lain, anda boleh berbuat demikian dalam app Foto pada peranti dengan iOS 16.1, iPadOS 16, macOS 13 atau terkini.
Padam foto atau video daripada pustaka anda yang dikongsi
Mana-mana peserta Pustaka Foto Dikongsi iCloud boleh mengalihkan foto dan video kepada album Terbaru Dipadamkan, foto dan video akan kekal selama 30 hari sebelum dipadamkan secara kekal. Hanya orang yang menambahkan foto atau video kepada pustaka dikongsi boleh membuat pemadaman secara kekal. Lihat Padam dan pulihkan foto dan video di iCloud.com.
Pustaka Foto Dikongsi iCloud adalah berbeza daripada Album Dikongsi. Lihat Sediakan Album Dikongsi di iCloud pada semua peranti anda.