Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan jubin halaman utama
- Jemputan Apple
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Layari foto atau video mengikut tarikh
- Sembunyikan foto dan video anda
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah atau edit tajuk, kapsyen atau metadata lain
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video pada Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada peranti Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright and trademarks

Susun e‑mel dengan folder dalam Mel di iCloud.com
iCloud mengandungi tujuh folder Mel lalai: Peti Masuk, VIP, Draf, Dihantar, Arkib, Sampah dan Remeh. Anda boleh mencipta folder dan subfolder tambahan untuk menyusun e‑mel anda.
Apabila anda mencipta folder, folder tersebut boleh dilihat pada mana‑mana peranti yang menghidupkan Mel dalam seting iCloud.
Untuk mengendalikan folder, pastikan Senarai Peti Mel kelihatan.
Cipta folder atau subfolder
Pergi ke icloud.com/mail, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Cipta folder baharu: Apabila folder lalai dipilih, pilih
di sebelah Folder dalam senarai Peti Mel. Taipkan nama, kemudian ketik atau tekan Return atau Enter.Cipta subfolder: Pilih folder yang ingin anda tambahkan subfolder, pilih
, taip nama subfolder baharu, kemudian ketik atau tekan Return atau Enter. Jika anda menggunakan komputer, anda juga boleh mengklik folder sedia ada dan menyeretnya kepada folder lain.
Folder yang anda cipta diisih mengikut abjad.
Namakan semula atau padamkan folder
Penting: Memadam folder akan memadam semua kandungan di dalamnya—e‑mel, subfolder dan e‑mel dalam subfolder.
Pergi ke icloud.com/mail, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Ketik atau dwiklik nama folder yang ingin anda namakan semula atau padamkan.
Jika anda menggunakan telefon atau tablet, anda mungkin perlu mengetik Edit terlebih dahulu.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Namakan semula folder: Taipkan nama baharu folder, kemudian ketik atau tekan Return atau Enter.
Padamkan folder: Pilih
di sebelah kiri nama folder, kemudian pilih Padam.
Pindahkan e‑mel ke dalam folder
Pergi ke icloud.com/mail, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Pilih satu atau lebih e-mel yang ingin anda alihkan dalam senarai e-mel anda:
Pada telefon atau tablet: Ketik Edit di bahagian atas senarai e-mel, kemudian ketik
di sebelah satu e-mel atau banyak e-mel.Pada komputer: Klik e-mel. Untuk memilih berbilang e-mel, Command-klik (pada Mac) atau klik dengan menahan Control-klik (pada peranti Windows) e-mel tersebut.
Pilih Alihkan
, pilih folder atau cipta folder baharu, kemudian pilih Alihkan.
Jika anda menggunakan komputer, anda juga boleh memilih satu atau lebih e-mel, kemudian seretnya kepada folder dalam senarai Peti Mel.